Gilligan's Planet
Gilligan's Planet

Gilligan's Planet

Gilligan's Planet merupakan kartun pagi Sabtu yang diterbitkan oleh Filmation sekitar tahun 1982-1983 menerusi CBS. Ia merupakan siri animasi kedua yang diterbitkan selepas The New Adventures of Gilligan (1974). Kedua-dua siri animasi ini diambil dari kisah siri komedi popular Gilligan's Island. Gilligan's Planet bergantung kepada premis mustahil yang diuruskan oleh Professor (Russell Johnson]] untuk membina sebuah operasi kapal angkasa antara planet untuk mengeluarkan para penumpang dan krew kapal karam keluar dari pulau terbabit. Masalah mulai timbul apabila kapal tersebut mendarat di sebuah planet yang tidak diketahui. Planet tersebut mempunyai ruanh atmosfera yang membolehkan manusia bernafas dan mempunyai makanan-makanan yang boleh dimakan -- latar belakang planet terbabit lebih kepada pulau tropika (Gilligan’s Island) tetapi telah diwarnakan supaya kelihatan asing. Rekot yang membawa mereka rosak dalam kejadian tersebut.Siri ini telah mengembalikan hampir kesemua para pelakon asal Gilligan's Island (kecuali Tina Louise). Dawn Wells telah mengambil alih suara untuk watak Ginger dan watak asal beliau sendiri, Mary Ann. Siri animasi ini telah dibatalkan setelah 12 episod.